Untuk membuat pembelian di laman web salamsantun.com anda perlu mendaftar/membuka akaun dengan kami. Pendaftaran adalah PERCUMA.
Pembelian dilakukan di laman ini menggunakan sistem troli yang disediakan. Sebaik sahaja anda menamatkan pembelian, anda akan menerima email pengesahan dari kami. Kami juga akan menerima email dari sistem troli berkenaan pesanan anda.
Salamsantun menerima pembayaran melalui Kad Kredit/PayPal, pemindahan wang ke akaun bank sama ada melalui Internet Banking, ATM Cash Deposit, atau kaunter bank.
Sila buat bayaran dalam tempoh 3 hari selepas pesanan dibuat. Jika tidak, kami akan menganggap anda tidak berminat lagi terhadap pesanan tersebut. Baju yang dipesan akan dibuka untuk jualan kembali.
Sebaik sahaja kami menerima pembayaran, proses penghantaran akan dilakukan dalam tempoh 1-2 hari. Sekiranya pembayaran diterima pada hari Jumaat, penghantaran akan dilakukan pada hari Isnin berikutnya.
Penghantaran dilakukan menggunakan Pos Laju ke seluruh Semenanjiung Malaysia dan Sabah/Sarawak. Produk dijangka sampai antara 1-3 hari bekerja.
Sekiranya produk yang diterima bukan yang anda pesan, atau produk sampai dalam keadaan rosak, anda boleh mendapat produk gantian atau pulangan wang kembali (jika tiada stok) dengan syarat anda hendaklah memulangkan semula produk tersebut kepada kami dengan tanggungan sendiri dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan produk.
Buat masa ini sistem troli online kami tidak di'set'kan untuk penghantaran ke luar Malaysia. Tetapi anda boleh menghubungi kami dan kami akan dapatkan sebut harga untuk kos penghantaran.
Anda boleh menghubungi kami melalui laman web ini atau melalui telefon.Emel kepada salamsantun@yahoo.com atau sms 017-3118280
Be fan of our Facebook page and get RM5.00 discount!
User Online